Friday 28 June 2013

Mohon keberkatan yang maha berkuasa

Pusat pelindungan sementara untuk kucing jalanan Pandan City, WIRA mengambil keputusan untuk mengadakan majlis tahlil & kesyukuran agar segala yang ahli jawatankuasa lakukan mendapat keberkatan daripadanya.

semoga segala yang ahli jawatan kuasa program TNA Pandan City mendapat pertolongan daripadanya


Sunday 31 March 2013

SIGHS OF THE HEART

Pertandingan SEMUA BOLEH JADI WIRA yang diadakan untuk bulan Mac ini adalah untuk menyedarkan semua orang yang kucing yang dahulunya diambil dari jalanan dalam keadaan tidak terurus akhirnya boleh menjadi kucing yang cantik jika dijaga dengan betul.

Sebanyak 12 peserta yang menghantar kepada kami gambar kucing mereka dulu & terkini. Akhirnya hampir 2 minggu gambar kucing dipaparkan dalam WFC, ini 3 pemenang yang berjaya memikat hari WFCians

Pemenang tempat pertama :


  
OBY pemiliknya Siti Rahayu (343 undian)
Pemenang tempat kedua :
Lucky pemiliknya Rini (320 undian)
Pemenang tempat ketiga
 
 
Blue pemiliknya Apple apples (227 undian) 
Kepada pemenang kami mengucapkan tahniah. Juga jutaan penghargaan kami berikan kepada semua peserta. kerana bagi kami anda semua adalah WIRA.

Hadiah pemenang pertama berupa cat tree sumbangan Klinik Haiwan Tiram bernilai RM150. Hadiah tempat kedua merupakan hamper barangan penjagaan kucing bernilai RM75 sumbangan WIRA. Hadiah tempat ketiga ialah barang penjagaan kucing bernilai RM50 sumbangan individu. 




Saturday 5 January 2013

New Deal

Salam 2013 kepada semua WFCians semua,

Sepanjang tahun 2012, WIRA yang baru setahun jagung ditubuhkan yang pada permulaanya hanya sebuah page dalam facebook dan kini bergerak setapak menubuhkan persatuan WIRA. Pelbagai coretan suka & duka WIRA alami sepanjang tahun 2012.

14 Mei 2012, Page WIRA FANS CLUB dibuka atas dasar ingin memberitahu pekembangan Wira dan dalam masa yang sama menjadi medium penyampai bagi kes-kes haiwan jalanan khususnya di negeri Johor. Page ini yang ditubuhkan oleh 3 orang yang bersusah payah membantu menyelamatkan Wira dan membawanya ke klinik haiwan & salah seorangnya ialah Kak Sue

Dan kini terdapat 6 admin WFC yang 5 daripadanya merupakan ahli jawatankuasa kelab WIRA. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh WIRA sepanjang tahun 2012







Dan pada tahun 2013 ini, awal tahun ini WIRA akan membuka keahlian dengan pelbagai kelebihan khususnya sesiapa yang tinggal di Johor & Negeri Sembilan.

WIRA juga merangka pelbagai aktiviti menarik sepanjang 2013. Ada aktiviti-aktiviti yang sama seperti tahun 2012 & ada yang baru. NANTIKAN SAHAJA!!!