Salam 2013 kepada semua WFCians semua,
Sepanjang tahun 2012, WIRA yang baru setahun jagung ditubuhkan yang pada
permulaanya hanya sebuah page dalam facebook dan kini bergerak setapak
menubuhkan persatuan WIRA. Pelbagai coretan suka & duka WIRA alami
sepanjang tahun 2012.
14
Mei 2012, Page WIRA FANS CLUB dibuka atas dasar ingin memberitahu
pekembangan Wira dan dalam masa yang sama menjadi medium penyampai bagi
kes-kes haiwan jalanan khususnya di negeri Johor. Page ini yang
ditubuhkan oleh 3 orang yang bersusah payah membantu menyelamatkan Wira
dan membawanya ke klinik haiwan & salah seorangnya ialah Kak Sue
Dan kini terdapat 6 admin WFC yang 5 daripadanya merupakan ahli
jawatankuasa kelab WIRA. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh WIRA
sepanjang tahun 2012
Dan pada tahun 2013 ini, awal tahun ini WIRA akan membuka keahlian
dengan pelbagai kelebihan khususnya sesiapa yang tinggal di Johor &
Negeri Sembilan.
WIRA juga merangka pelbagai aktiviti menarik sepanjang 2013. Ada
aktiviti-aktiviti yang sama seperti tahun 2012 & ada yang baru.
NANTIKAN SAHAJA!!!