Keriuhan pusat pelindungan mulai didengari kembali setelah jam 2pm. Ada
juga beberapa peserta yang pulang balik disebabkan mempunyai rancangan
yang tidak dapat dielakkan. Dan ada juga yang datang disebelah petang
untuk turut serta.
Dr Marlia
memberi sedikit suntikan semangat kepada peserta-peserta. Maklumlah,
ada yang pertama kalinya memegang anjing. Inikan pula memandikan anjing
dengan sabun berubat, lagilah tidak pernah. Beliau juga menegaskan yang
tiada paksaan kepada sesiapa yang tidak mahu turut serta memandikan
anjing, jika mahu melihatkan dari jauh juga boleh. kedatangan mereka pun
sudah mengembirakan admin WFC & pemilik pusat pelindungan itu
tersebut.
Acara memandikan anjing bermula. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan
besar. Walaupun perasaan takut masih ada menyelubungi setiap peserta,
digagahkan kaki masuk ke dalam kawasan anjing. Apabila melihat betapa
comel & baiknya anjing-anjing di sini, sedikit sebanyak perasaan
takut mereka mula hilang.
Yang berani & biasa tangkap & memandikan anjing, menunjukkan
cara memandikan anjing. peserta-peserta yang tidak biasa mula mendekati
sedikit demi sedikit. tangan mula diletakkan di badan anjing dalam
keadaan berjaga-jaga. sebelah tangan lagi diletakkan di atas badan
anjing. perasaan takutnya mula menghilang. menolong juga memandikan
anjing.
Anjing-anjing di pusat pelindungan haiwan ini mempunyai kutu yang agak
banyak. Jika diselak di celah-celah kaki & bawah badan, ada sahaja
kutu yang boleh didapati. Kutu sangat-sangat bahaya kepada anjing kerana
kutu boleh membawa virus, parasit & lain-lain jangkitan kepada
anjing. Pemilik pusat pelindungan haiwan ini amat berbangga dengan usaha
setiap peserta ini. Beliau berharap sedikit sebanyak, sebaran kutu yang
ada di pusat pelindungan haiwan milik beliau akan berkurangan.
Dalam masa yang sama peserta melihat cara rawatan Dr Marlia & Dr Azeem merawat anjing yang luka berulat. Agak mengerikan juga bila dipertontonkan dikhayalak ramai, akan tetapi ini realitinya kehidupan anjing & kucing jalanan. Harap mereka dapat bayangkan bagaimana lagi teruknya keadaan haiwan jalanan yang masih belum diselamatkan. Ada yang bergaduh sesama sendiri, badannya luka akibat benda tajam di jalan, dilanggar & lebih teruk lagi dipukul oleh manusia yang tidak berhati perut.
Rawatan oleh Dr Marlia |
Hampir 2 jam masa diambil oleh peserta-peserta untuk memandikan anjing.
kemudian, mereka yang beragama islam bersertu (samak) di pusat
pelindungan haiwan ini dan ada juga mandi menggunakan sabun taharah ini
di Masjid.
Sebelum bergerak menuju haluan masing-masing, kesemua peserta-peserta
mengambil gambar kenang-kenangan. kenangan yang mungkin menjadi kenangan
termanis bersama haiwan & WFCians. Jiwa & lara tetap
disanubarikan hanya untuk selamatkan haiwan jalanan.
Sedang asyik peserta-peserta sibuk melihat gambar yang di paparkan dalam
WFC, WFCians disentapkan dengan teguran dari salah satu peserta yang
tidak dapat hadir. Agak panjang perbalahan itu sehingga sedar-sedar
dibahaskan dalam 'open group'. Harap semua WFCians tidak cepat melenting
dengan tindakan dia. Semoga semua dapat pelajari banyak benda dari
perbalahan ini
Benda yang paling panas sehingga menyebabkan kami (admin) tidak duduk diam apabila gambar Dr Marlia bersama kak Norliza Talib sedang memandikan anjing dicanang sebagai gambar kontroversi. Gambar itu dipaparkan di salah satu page penyelamat haiwan untuk beberapa hari. sempat jugalah beberapa orang memuaturun gambar terbabit dan menyebarkannya.
Kami tidak merasakan marah sedikit pun, cuma kesal kerana masih ada melayu yang beragama Islam berakhlak seperti ini, menjadikan isu benda yang sepatutnya patut menjadi isu. sehinggakan ketawa kecil dihati kami bila antara komen-komennya menyatakan ayat
Benda yang paling panas sehingga menyebabkan kami (admin) tidak duduk diam apabila gambar Dr Marlia bersama kak Norliza Talib sedang memandikan anjing dicanang sebagai gambar kontroversi. Gambar itu dipaparkan di salah satu page penyelamat haiwan untuk beberapa hari. sempat jugalah beberapa orang memuaturun gambar terbabit dan menyebarkannya.
Kami tidak merasakan marah sedikit pun, cuma kesal kerana masih ada melayu yang beragama Islam berakhlak seperti ini, menjadikan isu benda yang sepatutnya patut menjadi isu. sehinggakan ketawa kecil dihati kami bila antara komen-komennya menyatakan ayat
"lepas ni boleh mandikan babi"
"anjing itu haram dipegang"
"perempuan ini hanya berpakaian seperti islam,tetapi bukan islam"
Hampir 1 1/2 muka surat Sin Chew Daily menyiarkan cerita mengenai program ini. Kita tunggu sahaja majalah Jinak menceritakannya pula.
Pada kami di sini, program ini dapat membuka mata ramai orang (Islam
atau bukan Islam). Dari mereka yang tidak tahu tentang najis mughalazah
ni, jadi tahu apanya dia. Dari mereka cetek ilmu, mereka dalaminya lagi.
Dari mereka sukar mengertu menggunakan tanah, sabun taharah
diperkenalkan. Kami mengambil dari sudut positif apa yang berlaku
Pada kami, program ini dikira berjaya bagi kami. kesemua yang
dirancangkan berjalan seperti yang dirancangkan. Jika ada kekurangan,
kami memohan kemaafan kepada segala kesalahan kami secara langsung atau
tidak langsung. Ukhwah antar WFCians menjadi rapat. Selepas program ini,
kami berkenalan dengan ramai pencinta-pencinta haiwan yang dulunya
hanya dikenali di laman sesawang. Syabas kami ucapkan kepada semua
peserta-peserta program ini.