Monday 15 October 2012

Don't Stop Believing, WFCians

Sekitar pertengahan bulan Mei 2012, penyelamat-penyelamat haiwan terbiar di Malaysia digemparkan dengan entri status FB dari Kak Sue mengenai seekor kucing yang dijumpainya berlubang sehingga tengkoraknya kehilatan.
 
YA ALLAH, KUCING BERADA DI SEKOLAH, KEPALA DIA BERLUBANG,DAH BERULAT..SAPA BOLEH BANTU..BAGI MAKANAN BASAH.DIA CUMA MINUM AIR..X THU KENAPA.? Mungkin..gaduh.mungkin kena ketuk..tempurung kepala dia pecah.....
Pelbagai andaian yang diberikan kenapa kucing ini boleh jadi begini. Ada yang kata disiksa oleh manusia, luka akibat kemalangan, tercucuk benda tajam & macam-macam lagi. Itu semua tidak penting, yang penting kucing ini perlu diselamatkan & dihantar ke klinik haiwan dengan segera. 
Pasukan gerakan mencarinya bermula.  Akhirnya kucing ini ditemui di Pasti Pasir Gudang dan dibawa oleh Kak Sue, Ros Dilla..& Linda Naslin ke Klinik Haiwan Tiram untuk rawatan lanjut pada 14 Mei 2012
Dalam keadaan professional,Dr Marlia menyambut kehadiran kucing itu walaupun hati beliau sebak melihat keadaannya yang agak teruk.  Manusia mana yang tidak akan sebak melihatkan kucing sedemikian.

Di atas meja rawatan, kucing itu yang dinamakan WIRA kerana kekuatannya semangat dia untuk teruskan hidup diperiksa dengan teliti masalah-masalah yang ada pada WIRA
  1.  Kawasan dahinya sebelah kiri luka sebesar 2 cm x 1.5 cm dengan kedalaman menampakkan tengkoraknya. Penuh dengan tisu mati, nanah & ulat lalat
  2. Badan kehilangan banyak air
  3. Kemungkinan jangkitan kuman merebak di dalam badan (septicaemia) 
  4.  ‘alert’ tetapi dalam keadaan lemah

Dr Marlia mula memasukkan air melalui salur darahnya dan memberinya ubat pelali bagi memudahkan process mencuci luka & membuang ulat lalat yang ada dalam luka. Luka di cuci hampir 2 jam. Terlalu banyak ulat lalat berperingkat usia yang perlu dibuang, tisu mati & kulit yang perlu dicuci.

Sedar dari ubat pelali, WIRA ada menunjukkan selera makan. WIRA mula mengiau –giau kepada Dr Marlia seperti ucapan terima kasih kerana merawatnya. Akan tetapi, Dr Marlia menjangkakan WIRA akan menunjukkan komplikasi dalaman. Hanya doa & tawakal sahaja boleh diberi kepada WIRA agar WIRA cepat sembuh.
Beberapa hari diwadkan, WIRA mula aktif, lukanya semakin kering & nampak raut wajah seekor kucing. Jika sebelum ini, rupa kucing pun tidak kelihatan, wira mula berjalan-jalan di dalam klinik menunjukkan tanda-tanda positif.
Walaupun WIRA aktif & makan secara normal, WIRA masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Dr Marlia mula merasakan ada organ dalaman yang rosak terutamanya kedua-dua buah pinggang WIRA bengkak mungkin disebabkan impak septicaemia. Luka WIRA terlalu lama, septicaemia pasti berlaku. 
Wira mula menunjukkan tanda-tanda lemah kembali. Air dimasukkan kembali melalui salur darah. Sehari demi sehari WIRA semakin lemah. Hanya seketika diberi peluang untuk melihat telatah & perangainya. Suara, gerak gerinya kini menyepi di dalam klinik. Hanya duduk di dalam sangkar sahaja. Doa tidak putus-putus daripada peminat-peminat WIRA melalui Wira Fans Club. 
Dr Marlia telah megamanahkan kawannya iaitu Dr Firhanis untuk acap kali semasa peninggalan beliau untuk menjenguk & memberikan rawatan kepada WIRA. Dr Firhanis terpaksa ulang alik dari Bandar Baru Uda ke Ulu Tiram hanya memastikan WIRA sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya, ubat yang perlu diberi & prognosis WIRA.
Akan tetapi, tuhan lebih menyayangi WIRA. Wira dipaparkan sebagai kucing jalanan yang diabaikan akhirnya mati pada hari ke-15 selepas ditemui. Punca utama ialah kerosakkan kedua-dua buah pinggang akibat jangkitan kuman dalam badan akibat luka lama yang agak besar di bahagian kepala. Seperti tidak dijangka, WIRA yang dulunya menunjukkan tanda-tanda sihat untuk beberapa hari, akhirnya mati akibat komplikasi dalaman yang teruk. Tiada apa-apa cara yang boleh mengubati apabila kedua-dua buah pinggang rosak. Apa-apa pun, saya tahu WIRA amat bersyukur kerana ditemukan dengan insan yang menghargainya, menyayanginya, merawatnya & menjadikan kehidupannya begitu indah walaupun untuk seketika. 
Atas dasar keperluan, WIRA FANS CLUB ditubuhkan sama hari WIRA ditemui. Mulanya memang bertujuaan untuk member info terkini mengenai WIRA. Akan tetapi, sedikit demi sedikit, WFC merubah wajah menjadi  page untuk menyuarakan kerja-kerja amal mencari & menyelamatkan haiwan-haiwan jalanan & terbiar. 
WFCians mula bertambah hari demi hari. Saya merasakan rakyat Malaysia hari demi hari mula menyedari kepentingan menjaga & menyelamatkan haiwan terbiar. Pelbagai gambar kucing & anjing terbiar & memerlukan pertolongan dipaparkan & dikongsi bagi memudahkan proses menyelamatkan haiwan tersebut. Semuanya atas asbab pemenuan WIRA

WIRA, kau tetapi dalam ingatan kami WFCians. Moga lebih ramai lagi rakyat Malaysia perihatin pada haiwan terbiar & perlu diselamatkan.  

No comments:

Post a Comment