Kucing yang diberi makan oleh En Azman Ahmad
Tiba-tiba hatinya tersentuh apabila melihat anak kucing yang matanya
sangat bengkak. mukanya dipenuhi hingus & lendihan mata yang sudah
kering, tiada rupa kucing sekali pun. Dibuat keputusan untuk pulang ke
rumah mengambil carrier untuk menghantar beberapa anak kucing itu ke
klinik untuk rawatan.
Setibanya di sana, kelihatan longgokkan kibbles itu disimbahi air.
seolah-olah ada yang menyirami air pada longgokan kibbles, memutuskan
rezeki kucing-kucing. Geramnya hati beliau ketika itu, Sekali lagi,
beliau pulang ke rumah, kali ini diambil pula sangkar untuk mengambil
ibu & 5 ekor anaknya.
Kucing itu kemudiannya dibawa ke Klinik Hiwan Tiram
untuk dirawat dan dicarikan adopter. Dirawat sebagai pesakit yang
mendapat Feline Upper Respiratory Disease (FURD), 4 daripada 5 anak
kucing itu kembali sihat.satu daripadanya yang sudah menunjukkan
tanda-tanda teruk & mula tidak makan mati pada hari ke-6 di klinik.
Ibu dan 5 anaknya yang dibawa ke klinik
Setelah
sihat, keempat-empat anak kucing itu di buka untuk adoption. Baru
sehari sahaja diletakkan di hadapan klinik, seorang mak cik mengambil
seekor anak kucing itu. Kemudian, 3 ekor lagi di pamerkan di WFC dan selang beberapa hari Aida Mustapa mengambilnya.
Anak kucing dibawah jagaan Aida Mustapa
Satu lagi kejayaan WFCians dapat menyelamatkan haiwan jalanan. Kos rawatan anak-anak kucing itu ditanggung sepenuhnya oleh Azman Ahmad & kos boarding mereka pula untuk 11 hari ditanggung oleh admin WFC.
Kini tinggal ibunya sahaja yang sudah dimandulkan. Masih dibuka untuk di adopt sehingga hujung bulan 11 ini. Jika tiada sesiapa yang berminat, Dr Marlia akan mengambilnya.
No comments:
Post a Comment